Program Futsal Komuniti Kampung Parit Othman
30 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniBulan Julai 2017 ditutup dengan penganjuran Program Futsal Komuniti Kampung Parit Othman pada hari Sabtu, 29 Julai 2017. Penganjuran program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara komuniti dan juga Pusat Ekonomi Digital (PI) Parit Othman. Program yang berlangsung daripada pukul 5 petang hingga 7 petang ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli berdaftar PI Parit Othman.
Program yang berlangsung dengan jayanya ini diadakan di gelanggang futsal Kampung Parit Othman. Semoga hubungan yang terjalin sepanjang program ini akan berkekalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: